.::♥♂ Siapa Mereka di LuaR saNa yanG beRhak MemBuat aQu berduka dan Nestapa. aQu tidak akan BENARKAN! Mereka TIDAK BERHAK!!♂♥::.
RSS

Wednesday

-TaRiaN pOcO-pOcO-

sy ada terbaca banyak perkara tentang Poco-poco yang diharamkan. Namun pengharaman itu tiada bukti sahih dan bukan dijatuhkan oleh badan berwajib. Ia cuma dinyatakan oleh sebuah email yang tidak tahu siapa penulisnya, di mana dia mendapat fakta, apakah butinya dan sejauh mana kebenarannya. Bagaimanapun email ini telah tersebar luas dalam internet samada melalui email mahu pun blog. Email tersebut berbunyi :

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.
Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.
Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidaksiuman?
Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.
..........................................................................................................................................................................
BegituLah emaiL yG di kirimkan oleh seorang hamba ALLAH... sejauh maNa kebenaRanya saya pun tidak pasti sebab belum ada pengharaman secara bertulis dilakukan oleh majlis agama... pendapat saya tarian poco-poco hanya sejenis senaman untuk menyihatkan badan dan tidak lebih dari itu... semuanya bergantung kepada niat kita, kalau kita rasa was-was maka baik d jauhkan...

0 comments:

Post a Comment

JgN kOmeN kaLau tiDak peNting Haha!!~

Related Posts with Thumbnails