.::♥♂ Siapa Mereka di LuaR saNa yanG beRhak MemBuat aQu berduka dan Nestapa. aQu tidak akan BENARKAN! Mereka TIDAK BERHAK!!♂♥::.
RSS

Wednesday

Saya Awak

kalau 1 hari awak nak menangis..bgtau saya

saya tak janji nk buat awak tersenyum tapi saya bleh menangis bersama awak

kalau 1 hari awak ada masalah..bgtau saya

saya tk janji nk bg penyelesaiannya tapi awak boleh berkongsi dengan saya

kalau 1 hari awak ingin berjalan pergi...bgtau saya

saya tak janji akan halang awak tapi saya boleh berjalan bersama awak..

kalau 1 hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak...bgtau saya

saya janji aka nada disisi awak.....TAPI....

kalau 1 hari awak perlukan saya dan saya tiada......mungkin kerana saya lebih memerlukan awak ketika itu.....

Saturday

::. We aRe tOgetHeR .::

Tyme ari jumaat baru2 ni kami (budak2 AT18) sekali lagi melakar kenangan dengan mengadakan seisi photo shut beramai2 hehehe!~. Mcm artis atau pengantin sua kami rasa coz penat jg rupanya posing2 ni huhuhu!~. Mcm sy ckp sebelum ini kami sedang menikmati saat2 terakhir bersama2 ba huhuhu!~.

Walaubagaimanapun berlaku rajuk merajuk kecil kerana kelewatan kami (gegurl) yang menyebabkan mereka (boboy) merajuk ckit hehehe. Kami akui kesilapan kami yg menyebabkan mereka menanti lebih kurg sejam huhuhu!~. Namun maaf kami masih belum di terima  maybe kami kena nyanyi lagu mendiang P.Ramlee iaitu lagu MaafkaN kaMi baru mereka maafkan hahaha!~. Apa2 pun aktiviti photo shut tetap berjalan wlupn kami hanya ada beberapa keping gmbr jak dgn para boboy huhuhu!~.

Ucapan terima kasih untuk adik Azmil yg sudi meluangkan masa untuk melayan karenah akak2 n abg2 utk mgmbil gambar hehehe. Dya mmg pro amek gmbr guna kamera DSLR n siap tlg edit utk kami lagi hehehe.. Dya tak minta bayaran pun, cmuanya secara ikhlas. Tp ajk photo ( ain n bebey) belanja dia mkn hehehe.

 Ok la ni antara pic yg kami amek ari tu... yg lain masih dalam proses.. :



aQu dan payung hehehe!~

AT18 Full


AT18 Full vs Candid

semua comel2

Di bawah pohon asmara :)

We Love each Other!

Korean Staile!~

V staile @ Library

Di bawah pohon asamara juga ;p

Thursday

::. Secret of Man named Husband .::

Katanya single tiada teman tiada siapa2 di sisi.. Opsss wait jgn mudah terpedaya, biasa lah orang boleh megeluarkan seribu satu macam kata2 dari mulut kan tp d hati tiada siapa yg tahu selain yang Maha Kuasa. Tadi saya berjalan2 dalam intenet mencari2 design baju utk diri sndri (macam org mau kawen plak kan) hehehe.. yang tu len entry la br sy cerita hahaha! sy temasuk dalam gua.com and then tebaca la satu info ni.

Info pasal ciri2 lelaki yang sudah beristeri hehehe... Jom check it out :


1. Elak topik tertentu

Dia akan cuba mengelak diri bila topik-topik seperti keluarga, anak dan percutian dibangkitkan. Kalau anda terlanjur berbicara tentangnya dia akan cuba sedaya upaya mengalih topik perbincangan.

2. Semua panggilan telefon mengikut arahannya

Si dia berkeras agar anda hanya menghubunginya pada waktu yang telah ditetapkan. Ataupun dia menetapkan hanya dia saja yang akan menghubungi anda. Dia akan memberi pelbagai alasan mengapa anda tidak boleh menghubunginya sesuka hati.

3. Tidak sepenuhnya kepada anda

Dia kelihatan resah gelisah dan sekiranya keluar di tempat awam dia asyik memerhatikan persekitarannya, bimbang bertemu dengan orang yang dikenali. Ketika anda serius dan mahukan ketentuan masa depan, si lelaki akan relaks saja. Dia tidak bercakap tentang hal perkahwinan dan masa depan.

4. Lihat jarinya

Ini cara paling mudah mengenali lelaki beristeri. Lihatlah pada jarinya, ada lingkaran putih pada jari keempat tangan kirinya, tempat cincin kahwin biasa dipakai.

5. Berahsia

Selalunya dalam perhubungan seorang jejaka akan meluahkan banyak rahsia tentang dirinya tetapi lelaki beristeri sebaliknya. Dia akan terus berahsia dalam banyak perkara lebih-lebih lagi yang membabitkan keluarga.

6. Beri alasan

Si dia mengelak berkunjung ke tempat-tempat tertentu bila diajak. Dia akan memberikan pelbagai alasan termasuklah yang tidak logik di fikiran anda kalau sudah terdesak.

7. Tidak akan keluar pada hari minggu

Lelaki beristeri tidak akan menghabiskan hari minggunya bersama anda. Si dia akan cuba mengelak keluar bersama anda pada hari tersebut dan seperti biasa bermacam-macam alasan akan diberikan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------
Mcm ada yg sama ka dgn pasangan anda???... Pikir la sndri kan mn sy kenal pasangan kamu sapa hehehe.. Tp klu ada tu baik mghindar la kan daripada menyesal. Klu lelaki tu ckp dia mau ceraikan isterinya jgn la prcya coz itu sangat mustahil dan peratusnya amat kecil hehehe.

Tp sbnrnya tyme baca ni sy sdg memikirkan seseorang... Yups seseorang yg mempunyai ciri2 spt di atas...Bukan semua la tp mmg ada dan amat jelas sekali pd pndgn sy... Kekonpiusan berlaku antara betul atau tidak??.. Tp naluri hati sy ckp info di atas adalah sesuai dengan seseorang itu. Kesimpulannya dia suami orang hahahaha!~. Semat!~

Monday

::. HaBis SudaH.::

Tyme Tgu Bas.. Sempat pose tepi bas


Dah sampai kat kem bina smgt hehehe

Tu helikopter yg tak mcm helikopter pun huhuhu!
(kami bt sndri guna kertas)

Kami gambar dengan AtOk kat dewan makan..


Tyme makan jg..
Ni la Group 9..
Dari depan ( Najah, Ain, Hawa, Bebey, Noy, Daus (ketua) , Helmi, Man, Rafae)


Ni pun kami jg cuma ada group lain mnyibuk hehehe


AT18 bersama dgn AT08

Kami nak begambar AT18 je tapo ada mamat 3 org ni menyibuk plak huhuhu~


Tyme back to kolej hehehe...

Tamat sudah Finishing School Fasa II
Lepas ni Fasa III plak hehehe
Akan Datang di pawagan hahaha!

Thursday

::. Qhenta 2 Darjat .::

ARGH~~ Sulitnya bila jatuh Qhenta ma orang yang lebih tinggi statusnya!~ adakah sy akan diterima??? adakah sy akan di tolak mentah2 ataupun selepas di masak??? or adakah sy patut berdiam sahaja..

Memang susah dan amat sukar kan bila kita mencintai orang yang berlainan status, pangkat darjat dan keturunan dari kita. Mungkin ada family yg boleh terima or mybe ada yg tidak boleh. So sebenarnya ikut dengan family bah tu.

Tp kadang2 ikut dengan orang tu sndri jg, kdg2 orang tu sndri yang tidak mau beQhenta ma org yg di anggap tidak layak untuknya. Kdg2 org ukur dari segi kewangan, pendidikan, pekerjaan dll. So tepuk dada tnya la diri sndiri sakit ka dada tu hahaha!. Klu sakit mmg ada yg tidak kena la tu hehehe.

Cerita diatas tiada kaitan ma sy sbnrnya hahaha! itu hanya cerita dalam adnan sempit punya filem la hehehe. Cerita yg lucu lucu lucu dan sedih jg ahahaha!. Mmg sy la juga cerita ringan2 bgni pun ble nangis jg hehehe..Heran sy eh tp bak kata c Adnan 'Dalam Hati ada Taman' hahaha!~. Mat remit yg hatinya ada taman... Klu mau tau mksdnya tgk la pilem ni. Mgisahkan perqhentaan c Adnan dan Nadia yg sungguh lucu dan sedih.

P la tgk cerita tu klu mau tau mcm mn ceritanya...

::. MikrotechinG .::

huhayy! kemarin kemarin bZ buat ABM utk mikroteaching huhuhu!~

Biasa buat last minit hahaha... Tp sempat juga sy p cute angel semalam wlupn ABM belum siap hehehe.. sy p teman c cik ima coz cian dia mau p sn sndri, nti dia hilang sapa susah sy jg yg ssh.

Tajuk sy td Imbangan Pembayaran.. sy sndri pun tidak paham apa itu imbangan pmbayaran tyme c ain present baru membaca nota huhuhu... Dengan budak2 kelas yg lebih 'baik' dari biasa td mmg best la hahaha!~. Paling penting tyme hawa present sy dapat hadiah tabung hehehe best best best..

Lepas kelas p makan ramai2 di bitara ( mcm menikmati saat2 terakhir bah kami ni ) huhuhu!~


kertas utk melakar pelan bangunan (projek pembinaan kondominium)...


Mau bagi budak2 yg tgk pelan projek hehehe


ni tabung comel, tp hatinya sebelah jak...


penat present projek pembinaan p makan ramai2 hehe...

Friday

::. Blush On Pp .::

Blush On Pp or Pemerah pp hehehe.. Pena ka aku guna??? Hahahaha! biar la aku ketawak dulu ya sblm aku ckp coz ini mmg lucu bagi seorang perempuan and wanita la hehehe... Aku pena guna tyme d Langkawi ary tu tu pun kwn punya dan dya yg pakaikan hehehe... Tu first tyme la aku pakai.. Ni pic tyme aku pakai tu hehehe :


Ni pakai eye shadow + Eye Liner + Blusher tp mcm dak tgk jgk kan hehehe!~.. Eye Liner mmg sy tidak suka coz sgt susah utk dipakai smpi ganti2 org yg pakaikan sbb terlalu ssh utk memakaikan sy huhuhu!~.

Sebenarnya set make-up pun aku tiada so mcm mn plak aku ble pakai blusher ni huhuhu!~ but jgn pndg mereng dgn aku coz wlupn tidak pakai make-up tp aku tau jg la barang2 yg digunakan utk make-up. Tp how 2 use it mybe low ckit la coz tidak pernah try lagi guna sndri hehehe. Mybe satu ary nti aku pakai k maybe jak la belum dapat d pastikan coz aku lebih suka yg neutral beauty!. Ni ada tips aku baca2 td dr  http://kumpulan.info versi indon so pndi2 la memahaminya ya :

Untuk wanita dengan kulit putih, Anda dapat gunakan blush on dengan nuansa warna pink dan warna senada yang akan membuat wajah terlihat lebih segar dan merona alami. Sedangkan, untuk yang memiliki warna kulit sawo matang, coba gunakan blush on dengan warna yang senada seperti coklat muda, orange atau bronze. Wajah akan terlihat lebih eksotis dan menarik.

Jenis Blush On

Jenis kulit menjadi salah satu pertimbangan ketika akan membeli atau menggunakan perona pipi. Hendaknya ketahui terlebih dahulu jenis kulit wajah Anda, apakah Anda termasuk yang berjenis kulit berminyak, normal atau kering. Kemudian Anda dapat memilih jenis blush on yang tersedia. Ada 4 jenis perona pipi atau blush on yang ada saat ini. Pilihlah yang sesuai dengan jenis kulit:
Padat

Merupakan perona pipi yang paling umum dikenal. Serbuk warna perona pipi yang dipadatkan ini akan menghasilkan warna yang sangat nyata. Jenis ini dapat dipakai untuk semua jenis kulit, terutama untuk yang memiliki kulit berminyak karena akan mengurangi minyak yang ada selama dipakai.

Krim

Bentuknya tidak sepadat blush on padat dan memiliki tekstur lebih basah. Karena tekstur inilah, maka warna yang dihasilkan dapat lebih menyatu alami dengan warna kulit wajah. Jenis ini kurang cocok digunakan seseorang yang berjenis kulit berminyak karena dapat membuat wajah terlihat lebih basah atau berminyak.

Gel

Berbentuk gel dan warna yang dihasilkan tidak terlalu nyata sehingga cocok untuk pemakaian sehari-hari atau bila Anda ingin mengaplikasikan dandanan yang natural. Perona pipi gel ini cocok untuk Anda yang memiliki jenis kulit kering.

Balls

Menyerupai bola-bola kecil. Cara menggunakannya adalah dengan menggunakan kuas yang diputar-putar di atas bola-bola tersebut. Serbuk yang menempel pada kuas kemudian dapat disapukan pada pipi. Dapat digunakan untuk semua jenis kulit.



Perona Pipi Berdasarkan Tipe Wajah

Selain membuat wajah terlihat lebih segar, blush on juga dapat membantu mengoreksi bentuk wajah sehingga akan menutupi kekurangan wajah. Bagi Anda yang memiliki bentuk wajah oval, hati, bulat, lonjong atau persegi, cobalah langkah-langkah berikut:

Wajah Oval

Sapukan perona pipi pada puncak pipi dengan sedikit melenngkung atau tambahkan sedikit perona pipi pada tulang hidung untuk menimbulkan kesan glamor.

Wajah Bulat

Agar wajah terlihat lebih ramping, lakukan teknik shading di daerah rahang. Gunakan perona pipi dengan warna sedikit lebih gelap dari bagian rahang hingga dagu. Lalu gunakan blush on dengan warna yang lebih terang pada puncak pipi ke arah telinga dengan gerakan keatas. Lakukan secara merata.

Wajah Lonjong

Untuk bentuk wajah lonjong, jangan menggunakan perona pipi di bawah tulang pipi tetapi gunakan tepat pada tulang pipi dengan gerakan mendatar. Gunakan blush on dengan warna terang agar perhatian terpusat pada daerah pipi untuk menutupi agar wajah tidak terlihat lebih memanjang.

Wajah Persegi

Gunakan blush on menjauh dari puncak pipi untuk memberi kesan mengangkat rahang. Untuk menyamarkan potongan rahang yang kuat, Anda dapat membubuhkan blush on dengan warna gelap dari dagu sampai tengah telinga.

Wajah Hati

Pilih blush on yang berwarna sedikit gelap dan sapukan pada bagian sekitar dagu dan bagian rahang bawah. Untuk kesan cerah, Anda dapat menyapukan blush on berwarna terang dari puncak pipi ke arah samping.

Agar blush on dapat menempel lebih lama, sebaiknya gunakan blush on setelah menggunakan pelembab, alas bedak, bedak padat. Gunakan kuas blush on yang besar agar warna yang dihasilkan lebih merata. blush on juga dapat digunakan setelah Anda selesai dengan riasan mata dan bibir agar dapat menyatu dengan nuansa warna riasan wajah secara keseluruhan. Jangan lupa untuk memperhatikan umur kedaluwarsa kosmetik Anda dan pilihlah blush on atau perona pipi yang memiliki kandungan yang aman bagi wajah.

::. Fenomena El Nino .::

Hari2 panas kan...mandi mcm 3 4 kali sudah satu hari huhuhu!~ Nasib baik air hidup, kalau mati mmg mati kepanasan lah kami di sini. Tapi cuaca sekarang mmg sgt panas kan ntah la bumi macam di bakar di panggang2 plak rasanya hehehe. Bak kata pak yah 'ni baru panas dunia' di SANA lagi la panas kan.

Sekarang tidur mmg tidak payah pakai selimut la sbb pasti akan berpeluh2 kalau beselimut. P kelas payung mmg harus di bawa (kalau kelas habis jam 11) sbb klu tidak bawa mmg akan kepanasan la jalan balik p kolej huhuhu!~. Tempat yang beekon skrg ni pun terasa panas jg coz ekon2 skrg menyerap haba dari luar (betul ka ni???) bagi betul jak la ya hehehe...

Aku sakit pun sebab panas jg kali hehehe, ya la tyme d langkawi tu mmg stat sudah fenomena ni kan. Di sana mmg panas dari biasa la sgt sgt dan sgt panas! kalah tu Hot FM panasnya.. Ni info yg aku dapat dari Utusan Malaysia sila la baca aku pun baru jg baca ni hahaha! ( nampak sgt aku suka bc paper kan hehehe) :



Menghadapi fenomena El-Nino


Oleh ABDUL RAHMAN MAHMUD


Jabatan Meterologi melaporkan fenomena El-Nino bakal melanda negara dalam masa beberapa bulan lagi. Ia adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku setiap tahun di timur Lautan Pasifik berhampiran luar pantai Peru. Ia menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia. Antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain, berlaku kemarau panjang.

Oleh itu, kita seharusnya meningkatkan kepekaan untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai fenomena El-Nino dan melakukan persediaan yang perlu.

Persoalanya sudahkah kita mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku 10 tahun lalu (1997/1998) semasa fenomena ini melanda negara?

Jabatan Meterologi pada April lalu melaporkan, terdapat bacaan suhu melebihi suhu maksimum purata bagi bulan tersebut. Suhu tertinggi yang direkodkan bagi tempoh 1 hingga 28 April 2009 adalah 36.1 darjah Celsius di Stesen Meteorologi Petaling Jaya pada 17 dan 18 April. Ia dalam lingkungan suhu tertinggi yang pernah direkodkan.

Fenomena ini dicatatkan berlaku sebanyak 12 kali sejak 1951-1952 dan terakhir pada 1997-1998. Pada 1998, suhu tertinggi iaitu 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping pada 9 April 1998.

Tahun 1998 merupakan tahun yang merekodkan suhu tertinggi terbanyak dengan 50 peratus daripada rekod suhu tertinggi dicatatkan. Krisis bekalan air di Lembah Kelang dan masalah jerebu menjadi isu besar.

Pada tahun itu juga, negara-negara Asia Tenggara iaitu Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand turut merasai impak yang sama. Cuaca panas juga meningkatkan kes penyakit sensitif iklim seperti taun, demam denggi dan malaria. Fenomena El-Nino dikatakan merupakan fenomena sejagat yang perlu ditangani bersama.

Ada saintis mengaitkan fenomena El-Nino dengan pemanasan global. Walau apa pun andaiannya, masyarakat harus disedarkan mengenai kesan fenomena ini kepada manusia dan alam sekitar.

Fenomena ini dikatakan mempunyai rantaian kesan yang agak membimbangkan kepada alam sekitar dan aktiviti manusia. Sekurang- kurangnya terdapat tiga kesan utama yang bakal dirasai daripada peningkatan suhu semasa fenomena ini.

Pertama, kesan terhadap kesihatan manusia apabila cuaca panas berterusan dijangka turut mengakibatkan penyakit seperti batuk, selsema, demam dan penyakit berkaitan cuaca panas.

Kedua, keadaan panas mendorong kepada proses sejatan daripada kawasan tadahan air. Ia akan menyebabkan krisis bekalan air.

Kawasan tadahan air seperti empangan, tasik dan kolam dibimbangi akan mengalami penyusutan disebabkan kadar sejatan yang tinggi. Sekiranya ini berlaku, langkah seperti catuan air di sesetengah kawasan mungkin terpaksa dibuat.

Selanjutnya ia akan memberi impak terhadap aktiviti manusia. Sesetengah operasi industri pula memerlukan air sebagai bahan dalam proses pengeluaran produk. Maka industri juga bakal menerima tempiasnya.

Ketiga, persekitaran yang kering boleh mendorong berlakunya kebakaran. Biasanya kebakaran berlaku disebabkan oleh tindakan manusia. Kawasan padang yang kering boleh terbakar dengan mudah andainya putung rokok yang masih berapi dibuang ke kawasan tersebut. Tapak pelupusan sampah yang membebaskan gas metana pula berpotensi menyebabkan kebakaran secara spontan.

Apa yang amat membimbangkan, peningkatan kes kebakaran yang berlaku akan menyebabkan masalah jerebu. Semasa El-Nino 1997/1998, kualiti udara terjejas teruk akibat jerebu. Ia berlaku disebabkan kebakaran hutan di Sumatera dan sekaligus menyebabkan pencemaran udara rentas negara. Ia akan menjejaskan sektor pelancongan negara.

Justeru itu, masyarakat mempunyai peranan dalam usaha membantu kerajaan menangani kesan yang bakal berlaku. Sikap "tidak ambil peduli" hanya akan mengundang padah.

Sebagai tanda prihatin, kita harus bersatu melakukan persediaan yang mencukupi. Pertama, kita harus bersedia untuk peka mendengar perkembangan semasa tentang keadaan cuaca yang berlaku. Berita melalui radio, televisyen, akhbar dan laman web seharusnya dijadikan rujukan penting.

Misalnya untuk mengetahui keadaan ramalan cuaca dan Indeks Pencemaran Udara, laman web Jabatan Matereologi Malaysia, http://www.met.gov.my dan laman web Jabatan Alam Sekitar, http://www.doe.gov.my boleh dijadikan rujukan. Kedua-dua laman web ini banyak memberikan maklumat tentang isu alam sekitar dan perkembangan semasa.

Laman web Jabatan Alam Sekitar membantu kita mengetahui tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU). Maklumat yang ada dapat membantu rakyat merancang aktiviti seharian.

Kedua, semasa berlakunya cuaca panas, kita harus mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan kebakaran. Bahan- bahan yang mudah terbakar perlu disimpan dengan baik manakala aktiviti pembakaran terbuka seperti membakar sampah, sisa pertanian dan sisa pembinaan perlu dielakkan. Ini bagi menghindarkan berlakunya pencemaran udara yang boleh menyebabkan jerebu. Sekiranya berlaku kebakaran terbuka, ia perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Ketiga, sekiranya berlaku masalah jerebu, masyarakat perlu mengambil langkah sewajarnya seperti memakai topeng sewaktu keluar rumah dan merawat segera masalah kesihatan seperti batuk, kesukaran bernafas dan demam. Di samping itu, orang ramai juga perlu mengelak daripada melakukan aktiviti luar rumah yang boleh mendedahkan mereka terhadap kualiti udara yang tidak sihat.

Keempat, bagi mengurangkan kesan krisis air semasa fenomena El-Nino, amalan penjimatan air harus dimulakan dari sekarang. Penggunaan air untuk mandi, mencuci kenderaan dan membasuh pakaian perlu dihadkan agar tidak membazir. Dalam masa yang sama, orang ramai perlu mengadakan simpanan air mentah yang mencukupi untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Langkah persediaan menghadapi fenomena El- Nino ini kadangkala dianggap remeh. Semasa fenomena 1997/1998, ramai yang merungut kerana kekurangan bekalan air dan masalah jerebu. Ramai yang menyalahkan kerajaan, kononya tidak serius melakukan persediaan bagi menghadapi fenomena itu.

Rakyat seharusnya mengubah sikap. Ini kerana isu berkaitan alam sekitar adalah tanggunggjawab bersama. Kita harus bersedia menghadapinya dan membantu kerajaan dalam mengharunginya. Jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah, kita harus bersiap sedia dari sekarang.

PENULIS merupakan aktivis alam sekitar

-----------------------------------------------------------------------------------------

Lepas di baca2 artikel ini.. aku mmg telah mendapat kesan yang pertama El Nino hahahaha! -> penyakit seperti batuk, selsema, demam dan penyakit berkaitan cuaca panas....

Kamu2 ada kah terkena kesan El Nino ni??? Klu ada p sana klinik ya hehehe Cepat2 lah p klinik ( jgn mcm aku suka lambat2 p klinik hehehe)...

Monday

::. 1 2 3 say cheese!~ .::

Tittle post ni macam org ambek pic kan so ni msti cerita pasal pic hehehe!~

Hari ni aku masuk bengkel fotografi bukan sebab bosan dan bukan sbb apa pun tapi sbb minat dan ingin mencuba sesuatu yang baru hehehe! Balik2 tgk pic org jak kn so kali nie sy mau tgk pic yg saya amek sndri mgunakan kamera DSLR huhuhu!~. Sy mahu belajar sebenarnya cara menggunakan kamera tu sbb sy rasa pic yg d tangkap menggunakan kamera tu sgt menarik hehehe..

Bengkel dari jam 9 smpi 5 petang tu mmg penuh makna la coz sy dapat belajar bnyk cara penggunaan kamera tu wlupun sbnrnya rasa putus asa tu ada jg sbb ssh betul mau amek pic hahaha! Dalam otakku tyme tu ligat berfikir 'baik amek guna kamera biasa pastu edit sndri lg sng' hahaha!~. Tp ni kan first tyme and then sy mendapat bantuan instruktor yg baik, so akhirnya ok jg.

Skrg ni dalam hati mmg mau beli kamera DSLR hehehe tp klu ada org hadiahkan lagi bagus hahaha!!~ ada ka org mau bagi tu ya hehehe *dreaming*.... K la ni gmbr2 yg sy amek tyme bengkel td, tidak seberapa chantek pun tp ttp jg mau tunjuk weee!~....


First touch : ISO mmg lari la hahaha!~


Ni cantek la ckit hehehe


Depan blur... Fokus background


Fokus depan..Background blur..

Banyak lagi gmbr sbenarnya tp byk yg tak jadi hahaha!~ so lain kali la d upload coz line K.O ni...

aku suka begambar dan amek gambar.. tapi dua benda ni berbeza sebenarnya huhuhu!~ bak kata encik razlan td.. Org yg suka begambar bukan semestinya suka amek gmbr huhuhu.. Tp i keep try utk kedua2nya sekali la hehehe... i like pic oso..

K nite esok nak p kelas kul 8.00am....

Sunday

::. BoreD, BosaN daN boRinG .::

adui!!~ mau ckp tiada asaimen aku rasa ada 3 asaimen lagi aku belum buat huhuhu!~. My Research masi otw coz soalan soal selidik baru aku bagi siap. Mybe dlm mggu ni boleh suda d edarkan kpd student2. Gembira coz soalan yg aku buat tu d terima oleh My profesor, so tdk pyh susah2 tukar2 soalan weee!

Oleh kerana bosan boring dan bored sudah 2 malam  ni aku menonton filem hehehe! Bukan filem baru pun filem lama sudah ba tapi baru dapat d donlod so baru la tgk d laptop hehehe!~ Ni pilem yg aku tgk :

Nie cerita best bangat tyme kecik2 dulu aku ikut dramanya ni...
 C Nie Feng dan c Bu jinG yuN huhuhu! Pelakonnya cmuanya encom2 hahaha




Ni pilem korea Mr.Perfect hehehe. Pelakonya encom jg...

Aku rasa kalau pelakonnya encom cita tidak best pun akan jadi best jg hahaha!~

Skrg ni aku tgh baca novel plak sbb boring mghadap laptop so tukar angin plak hehehe... Nti aku post la tajuk n jalan cerita novel tu.. k Nite hehehe

Wednesday

::. Bursa Malaysia .::

25hb Feb... Kami budak yg amek Couse Monetary going tu Bursa Malaysia (BM) or dulu dikenali dgn nama BSKL. Ramai juga mcm dua bas tapi budak kelas aku nek koster jak sbb kami 19 org jak kan hehe bas satu lagi budak2 junior la dgn lecture.

Sebenarnya tu lawatan ilmiah la tp jadi lawatan smbil amek gmbr plak hahaha...biasa la tu kan seisi warm up utk amek gmbr d langkawi hahaha!... Lepas dari BM tu kami p Jupiter plak ntah la napa smpi ke sana mmg keluar dari landasan sebenar ba hehehe... Tp enjoy jg la jalan2 d sn... Balik dalam jam 4.30 ptg huhuhu and then malam tu baru gerak p langkawi mmg penat siot! dgn barang belum d paking lagi huhuhu tp semuanya lancar...

k la ni pic tyme d BM dan Jupiter (mcm kami p planet plak hahaha) :


me wif bebey

beramai2 dan me tpksa tunduk coz telampau tinggi hehehe

Lady in bLue : me, hawa n awin..

Water..

Papan bursa malaysia : saham ditutup sbb ada org bgmbr hahaha!


@ Jupiter : pika ~ noni

Puan Azwin hahaha!

Monday

::. VacatioN @ LanGkawi.::

Baru smpi tadi dari langkawi huhuhu so tired but it full of happinies... But sy sudah semakin hitam sbb d sn sgt panas lebi panas dari tawau lebih panas dari biasa la...

This is a vacation wif my classmate, 17 org jak hehehe. Lama sudah di rancang dari sem 3 lagi tapi ndak pernah jadi.. Sem 7 jg baru mau jadi huhuhu. tQ to all my fren @ AT18 coz bekerjasama untuk menjayakan program kt hehehe walaupun banyak sangat halangan dan dugaan yang terpaksa kt tempuhi dari buat kertas kerja smpi la balik semula p kolej.

Anyway mmg byk sgt pglm yang tidak dapat di lupakan. Fistly pglmn nek keretaapi selama 10 jam huhuhu! mmg aku fist time nek ketaapi sebenarnya hahaha! Lepas tu nek feri la pulak ni pun fist tyme jg la coz tidak pena lagi nek feri sblm ni hehehe... Mmg semua jenis pengangkutan di naik utk smpi ke sn coz mau sewa bus mmg budget besar diperlukan so we decide naik ketaapi jak utk jimatkan  cost.

As usually la kan bila kakiku melangkah p mana2 pasti akan shopping and shopping huhuhu! mmg shoping jak la kejaku ni. Langkawi mmg brg2nya sangat murah dan mmg murah rugi kalau tidak shoping hehehe.. sy sudah budget duit sbnrnya tp nmpknya mmg lari budget la juga hahaha!

K la di bwh ni gmbr2 tyme di Langkawi :

KTM Tanjong Malim tyme mo p


Jetty @ kuala kedah


Belakang resort @ Pantai Cenang


Underwater World


Pantai Cenang


Laman Padi


@ beras terbakar, Padang Maksirat


Shopping Chokolat


@ Jambatan tyme otw to cable car


@ Jambatan


Oriental village

@ pangkalan


Taman Rusa

@ Cable Car


@ KTM (baLik)


Semuanya akan kekal dalam ingatan untuk dijadikan kenangan yang sangat bermakna dalam kehidupan. LuRb all my AT18 fren (sad emotion). Hope we a together now and forever.

I hope we can going back to langkawi for reunion tyme hihihi.
Related Posts with Thumbnails