Info pasal ciri2 lelaki yang sudah beristeri hehehe... Jom check it out :
1. Elak topik tertentu
Dia akan cuba mengelak diri bila topik-topik seperti keluarga, anak dan percutian dibangkitkan. Kalau anda terlanjur berbicara tentangnya dia akan cuba sedaya upaya mengalih topik perbincangan.
2. Semua panggilan telefon mengikut arahannya
Si dia berkeras agar anda hanya menghubunginya pada waktu yang telah ditetapkan. Ataupun dia menetapkan hanya dia saja yang akan menghubungi anda. Dia akan memberi pelbagai alasan mengapa anda tidak boleh menghubunginya sesuka hati.
3. Tidak sepenuhnya kepada anda
Dia kelihatan resah gelisah dan sekiranya keluar di tempat awam dia asyik memerhatikan persekitarannya, bimbang bertemu dengan orang yang dikenali. Ketika anda serius dan mahukan ketentuan masa depan, si lelaki akan relaks saja. Dia tidak bercakap tentang hal perkahwinan dan masa depan.
4. Lihat jarinya
Ini cara paling mudah mengenali lelaki beristeri. Lihatlah pada jarinya, ada lingkaran putih pada jari keempat tangan kirinya, tempat cincin kahwin biasa dipakai.
5. Berahsia
Selalunya dalam perhubungan seorang jejaka akan meluahkan banyak rahsia tentang dirinya tetapi lelaki beristeri sebaliknya. Dia akan terus berahsia dalam banyak perkara lebih-lebih lagi yang membabitkan keluarga.
6. Beri alasan
Si dia mengelak berkunjung ke tempat-tempat tertentu bila diajak. Dia akan memberikan pelbagai alasan termasuklah yang tidak logik di fikiran anda kalau sudah terdesak.
7. Tidak akan keluar pada hari minggu
Lelaki beristeri tidak akan menghabiskan hari minggunya bersama anda. Si dia akan cuba mengelak keluar bersama anda pada hari tersebut dan seperti biasa bermacam-macam alasan akan diberikan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Mcm ada yg sama ka dgn pasangan anda???... Pikir la sndri kan mn sy kenal pasangan kamu sapa hehehe.. Tp klu ada tu baik mghindar la kan daripada menyesal. Klu lelaki tu ckp dia mau ceraikan isterinya jgn la prcya coz itu sangat mustahil dan peratusnya amat kecil hehehe.
Tp sbnrnya tyme baca ni sy sdg memikirkan seseorang... Yups seseorang yg mempunyai ciri2 spt di atas...Bukan semua la tp mmg ada dan amat jelas sekali pd pndgn sy... Kekonpiusan berlaku antara betul atau tidak??.. Tp naluri hati sy ckp info di atas adalah sesuai dengan seseorang itu. Kesimpulannya dia suami orang hahahaha!~. Semat!~
0 comments:
Post a Comment
JgN kOmeN kaLau tiDak peNting Haha!!~