.::♥♂ Siapa Mereka di LuaR saNa yanG beRhak MemBuat aQu berduka dan Nestapa. aQu tidak akan BENARKAN! Mereka TIDAK BERHAK!!♂♥::.
RSS

Thursday

::.Hepy ThaipusaM day.::

20.01.2011 adalah bersamaan dengan hari thaipusam and ari jadi c Pp my pren hahaha!~ Nasib saja c pp bukan indian, lau tidak sekalian la tu celebrate dua2. maca bfday sy juga ari tu yg jatuh pada hari raya aidiladha hee~.

Eh sy mau cerita pasal thaipusam ba ni. Saja kongsi2 dgn orang2 sekeliling hek~. So yok la kita sama2 baca ye

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.
Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.

 Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar[1] dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.[2] Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.
Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.

Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.

uil Sri Subramaniyar, Batu Caves, Selangor merupakan kuil tumpuan utama penganut India . Sambutan perayaan Thaipusam bermula dengan perarakan arca Dewa Murugan dan dua isterinya Dewi Valli serta Devi Theivanai di atas pedati perak setinggi 7 meter dari Kuil Mahamariaman di Jalan Tun Hs Lee. Susu abishegam disiram kepada Dewa Murugan.


 Ni tempat paling meriah time thaipusam.
Sy penah p cini saja menyimpangkan diri yang sepatutnya p Ulu yam haha~
Kawasan ni mmg di penuhi dengan indian la so kalau mau tgk india di sini la tempatnya ya.
Tangga terlalu tinggi menyebabkan sy hanya memandang dari bawah hoho! 273 anak tangga~

 Wanita indian ini sedang membawa susu~

Lelaki indian ini sedang menyiksa diri dengan mencucuk pipi
p/s Kita kan 1 Malaysia! so we are 1~

0 comments:

Post a Comment

JgN kOmeN kaLau tiDak peNting Haha!!~

Related Posts with Thumbnails