gadis : kamu dah berubah kan? Tidak seperti dulu…
jejaka : Lebih baik daripada kau yang tak berubah….
"sekali air berubah, sekali pasir berubah" itu yang menjadi hukuman ke atas si jejaka dan si gadis.
Kata gadis, jejaka umpama pasir. Berubah-ubah. Memeningkan.
jejaka diam. Katanya gadis umpama ombak. Tak berubah. Memukul pasir tanpa belas.
Gadis pula senyap. Wajahnya kelam. Dia berlalu. Meninggalkan tapak-tapak kakinya, di dada pasir.
Jejaka hanya memandang. Kemudian menjerit kepada gadis ;
Sekurang-kurangnya gadis, kau harus bersyukur. pasir sanggup berubah kerana mengikut alunan ombak yang kadangkala lembut dan kadangkala menggila.
Pasir terpaksa. Ombak memaksa.
Tapi kedua-duanya ciptaan Tuhan dan saling melengkapi.
Itu yang jejaka dan gadis tidak sedari.
2 comments:
waa... best truskan berblog hehe :)
hehehe!!~ tQ
Post a Comment
JgN kOmeN kaLau tiDak peNting Haha!!~